Bengkel Motorsikal jadi Kediaman Lima Beranak Yang Miskin

ISU SEMASA

Malah ketiga-tiga anak p4sangan suami isteri itu pernah disengat lipan beberapa kali sebelum ini.

Bercerita lanjut, Zainal Abidin berkata, dia melakukan dua pekerjaan iaitu membaiki motosikal pada waktu siang bersama anak buah dan menangkap belut pada sebelah malam.

Katanya, semua itu dilakukan demi menyara keluarganya. Saya perlu berusaha keras kerana dua daripada tiga anak sudah bersekolah selain menjaga ibu (Aminah Ismail, 79) yang sakit darah tinggi dan tidak boleh berjalan.

“Tetapi disebabkan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pendapatan saya tidak menentu hingga menyebabkan saya tidak dapat membayar bil elektrik dan air,” katanya ketika dikunjungi Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Parit 5 dan 6 Gambut, Mas Lina Husein tadi.

Sehubungan itu, Zainal Abidin berharap ada pihak yang sudi menawarkan kediaman yang selamat dan selesa untuk membesarkan ketiga-tiga anaknya.

“Dahulunya bengkel ini adalah rumah pusaka. Namun ia terpaksa diubah suai menjadi bengkel motosikal bagi menyara keluarga,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkannya ke akaun Bank Islam (12056022663230) di atas nama Zainal Abidin Mohamed atau menghubunginya di talian 017-3596683.

Sementara itu, Mas Lina berkata, kesusahan dihadapi Zainal Abidin sekeluarga sememangnya dalam perhatian pih4knya.

Katanya, beliau berharap pihak berwajib membantu keluarga itu dengan memberikan sebuah rumah demi keselesaan anak-anak.

Sumber : Hmetr0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *