Emosi Ebit Liew Tergang’gu Termasuk Keluarganya, Susulan Dak’waan Yang Melampau, Laporan polis Dibuat

ISU SEMASA

PETALING JAYA: Pendakwah terkenal,  Ebit Lew menyifatkan  dakwaan  terhadapnya oleh beberapa pihak berhubung isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin, baru-baru ini, sebagai melampau.

Beliau mendakwa, tuduhan oleh beberapa pihak termasuk penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice dan rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman atau dikenali sebagai Nadir Al-Nuri adalah tidak berasas sehinggakan menggan’ggu emosi ahli keluarga serta pasukannya.

Dakwanya lagi, beliau sedia menjawab segala tud’uhan tersebut dalam masa terdekat ini.

“Dah lama saya diamkan, saya tidak mahu cakap apa-apa, nanti menjadi-jadi.

“Bagaimanapun, semenjak dua menjak ini, daripada live Caprice kemudian hari ini pulak Nadir (dakwaan) tular tentang saya jadi saya tampil membuat laporan polis,” katanya selepas membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD)  Dang Wangi hari ini.

Dalam pada itu, Ebit memaklumkan, pihaknya turut menafikan segala dak’waan dan tuduhan selain memaklumkan tidak pernah membuka sebarang tabung bagi menjalankan misi ke Gaza.

“Saya tidak pernah buka sebarang tabung, semua guna duit saya sendiri.

“Dakwaan susulan serah kepada peguam, termasuk saman kita akan buat. Semuanya akan mengikut proses perundangan yang betul,” ujar beliau.

Sementara itu, Datuk Hasnal Rezua Merican selaku peguam yang mewakili beliau berkata, laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan jika wujud unsur-unsur fitnah berbentuk jenayah terhadap anak guamnya.

Ujarnya, pihaknya akan mulakan tuduhan sivil kepada mana-mana pihak yang mengulangi fit’nah terhadap anak guamnya dan akan heret mereka yang tidak bertanggungjawab ke mahkamah.

Ebit tiba kira-kira tiba pukul 6.16 petang menaiki Toyota Vellfire dengan diiringi beberapa individu termasuk peguamnya sebelum keluar pada pukul 7 malam.

Terdahulu, Nadir yang juga Ketua Pegawai Ekslusif, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia, mendakwa pasukan misi Ebit membayar kos yang tinggi kepada sebuah syarikat bagi menguruskan kemasukan mereka ke Gaza dan tidak menggunakan khidmat NGO tempatan di Gaza.- UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *