Lelaki Dikompaun Rm2000 Sebab Ziarah Kubur Di Pagi Aidiladha

ISU SEMASA

Aidiladha semalam mengundang padah apabila dia dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 kerana dikesan melang’gar prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, lelaki berusia 21 tahun itu ditahan oleh pasukan khas pematuhan SOP Fasa Satu Perintah Kawalan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada pukul 11.40 pagi di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 12 dan 13.

Menurutnya, polis mendapati lelaki berkenaan menziarahi tanah perkuburan itu bersama dua kanak-kanak iaitu anak saudaranya masing-masing iaitu perempuan berusia tiga tahun dan lelaki berusia lima tahun.

“Berikutan menziarah tanah perkuburan tidak dibenarkan, lelaki itu dikenakan kompaun kerana ga’gal mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kompaun dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *