Lelaki Ma’ki Hamun PDRM Ditahan Polis Dirumah Kediaman

ISU SEMASA

PETALING JAYA – Permohonan reman terhadap lelaki anti’vaksin yang tular kerana mema’ki hamun Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dibuat di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Fakhrudin Abdul Hamid berkata, permohonan reman dibuat ke atas suspek bagi membantu sias’atan di bawah Seksyen 188, 504, 505(b) Kanun Kesek’saan, Seksyen 14 Akta Kesa’lahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Terdahulu, suspek yang berusia 29 tahun sudah diber’kas di kediamannya di apartmen di Bandar Sri Damansara, dekat sini kira-kira pukul 10 malam.

“Semasa proses tangk’apan hendak dibuat, sekali lagi suspek membuat rakaman video dan memuat naik di laman sosial yang sama,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, sebelum itu, pihak polis telah mengeluarkan kompaun RM1,500 semalam kerana suspek tidak memakai pelitup muka semasa berada di sebuah stesen minyak tidak jauh dari kediamannya di Sri Damansara.

“Suspek juga telah melakukan provo’kasi dengan mempertikaikan tugas pihak polis dan membuat video secara langsung melalui akaun ‘alyf malik’ berkenaan segala tindakan pihak polis ketika itu.

“Setelah selesai dikompaun juga, suspek masih meneruskan video secara langsung dengan mengeluarkan kata-kata ke’sat yang berbaur penghi’naan terhadap polis,” ujarnya.

Semalam, tular klip video berdurasi 15 minit 42 saat di laman sosial memaparkan seorang lelaki mema’ki hamun dan mengeluarkan kata-kata ke’sat kepada pihak berkuasa selepas disaman polis kerana tidak memakai pelitup muka ketika mengisi petrol di sebuah stesen minyak di daerah ini.

Lelaki itu juga menegaskan dia tidak akan menerima suntikan vaksin dengan mengaitkan kajian di Amerika Syarikat yang mendakwa vaksin Covid-19 adalah berbahaya dan tidak selamat. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *