Wanita Positif Covid-19 Mening’gal Dunia Depan Klinik

ISU SEMASA

KLANG: Seorang wanita yang mening’gal dunia selepas terbaring  tidak sedarkan diri di depan sebuah klinik di Taman Sentosa di sini, hari ini disahkan positif Covid-19.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu selepas tular menerusi klip video dan beberapa foto di media sosial pagi tadi.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika wanita itu bersama adiknya ingin mendapatkan rawatan di klinik berkenaan, kira-kira pukul 9.45 pagi .

“Sewaktu berada di depan klinik itu, wanita berkenaan tiba-tiba reb’ah dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, ambulans yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan wanita berkenaan sudah mening’gal dunia.

Ujar Shamsul Amar, ma’yat wanita itu kemudian dihantar ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut.

“Hasil keputusan ujian saringan awal Rapid Test Kit (RTK) mendapati wanita tersebut positif Covid-19.

“Wanita itu turut mempunyai sejarah penyak’it kencing manis dan dar’ah tinggi,” katanya.

Tambah Shamsul Amar, kes diklasifikasikan sebagai kema’tian mengejut Covid-19.  – UTUSAN ONLINE

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *