Gila aksesori kereta? Jangan Pasang 4 Aksesori Ini Pada Kereta, Boleh Bahayakan Nya’wa Anda Ketika Memandu

ISU SEMASA

MEMANDU kereta memerlukan tumpuan kerana sebarang gangguan boleh menyebabkan bahaya termasuk terlibat dalam kemalangan.

Ini termasuklah penggunaan pelbagai aksesori kereta – yang sebenarnya boleh menyumbang kepada hilangnya konsentrasi anda ketika memandu.

 

Menghias ruang luaran dan dalaman dengan aksesori-aksesori tertentu pastinya menjadi idaman bagi sesetengah pemilik kereta. Orang kata, kalau kereta sudah naik ‘serinya’, mestilah lagi bersemangat nak memandu.

Ada yang suka menukar jenis kerusi, ada yang gemar menambah pelekat dan pelapik pada permukaan tertentu dan bermacam-macam lagi. Namun tahukah anda, di sebalik hiasan cantik ini ada risikonya sendiri yang ramai tidak tahu.

Baru-baru ini, laman TikTok Adrian Chiaaa dari WapCar ada berkongsi video mengenai jenis-jenis aksesori yang tidak boleh digunakan pada kereta kerana dipercayai membahayakan serta boleh menyebabkan kemalangan.

Dalam video yang dimuatnaik, empat jenis aksesori yang selalu digunakan untuk menghias kereta ialah karpet yang tidak mengikut saiz, dashboard cover, klip tali pinggang dan stiker yang dilekatkan di atas stereng.

Nampak remeh, tapi risiko yang menanti adalah jauh lebih besar. Mari ikuti video ini.

@adrianchiaaa

Korang ada pasang ke? #fypmalaysia #carmalaysia #cartips #carsafety #TikTokGuru

♬ Reality – Lost Frequencies

Dalam tempoh 24 jam dimuatnaik, video ini telah meraih 1.7 juta tontonan oleh warganet. Rata-rata yang menonton memberi maklum balas positif terhadap info keselamatan yang dikongsikan oleh Adrian Chiaaa kerana dikatakan sangat bermanfaat.

“Good info, tak pernah terfikir pun benda kecil macam ni, berbahaya kadang-kadang,” – Saya suka suki

“Simple solution. Buy and keep the car as it is. Don’t waste your money on modifying and decorating,” – Hi there

“Letak dashboard cover sebab fikir taknak dashboard lepas bertahun warna faded. Tapi ok, lepas ni I remove,” – Vivian Jep

Semoga video ini bermanfaat untuk anda.

Sumber: TikTok Adrian Chiaaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *