Ketua Balai Positif Ga’nja Ditahan Dan Tindakan Disp’lin Akan Diambil

ISU SEMASA

PETALING JAYA : Polis mengesahkan seorang daripada anggota yang didapati positif da’dah ketika ditahan berhibur di sebuah balai polis merupakan Ketua Polis Balai (OCS) berkenaan.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Datuk Azri Ahmad berkata, OCS berkenaan akan ditah’an kerja sementara waktu sementara sia’satan dijalankan selain menunggu laporan kimia.

Kata beliau, tiga lagi anggota bagaimanapun masih bertugas setakat ini.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan sekiranya kita dapati terdapat kesalahan jena’yah dilakukan oleh mereka, tindakan disiplin yang bersesuaian akan dikenakan terhadap mereka termasuk buang kerja,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan seorang daripada anggota polis yang ditahan ketika di sebuah balai polis di Kajang, Selangor didapati positif dadah.

Hasil ujian saringan awal dijalankan terhadap lapan orang yang ditahan dalam ser’buan itu mendapati, seorang daripda mereka positif dadah jenis THC.

Pada 20 Julai lalu, lapan individu termasuk ketua balai polis bersama tiga anggotanya berhibur bersama empat wanita yang juga orang awam di sebuah balai polis dita’han Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Dalam serbuan pukul 6 petang itu, ketua balai polis yang berpangkat sub inspektor bersama dua anggotanya berpangkat koperal dan seorang koperal sokongan ditahan ketika berhibur sambil dipercayai mengambil minuman ker’as dan air ketum dalam bilik di tingkat dua balai berkenaan.

Hasil serbuan juga, polis merampas botol minuman ker’as, pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembes’ar audio, perakam, mikrofon dan televisyen.-UTUSAN ONLINE

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *