Mana sumbangan RM20 juta rakyat Malaysia? – Ebit Lew Tanya Nadir

ISU SEMASA

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew mempers0alkan bagaimana RM20 juta yang dikumpul Ketua Pegawai Eksekutif Cinta G4za Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri hasil kutipan tabung derma diagihkan kepada rakyat Pale$tin.

Menerusi sesi sidang media yang disiarkan secara langsung di media sosial sebentar tadi, Ebit terpak$a bertanya mengenai perkara tersebut selepas segelintir warganet mend4kwa beliau menggunakan duit sumbangan rakyat Malaysia untuk menjayakan mi$i kemanusiaan di G4za.

Menjawab tudvhan tersebut, pendakwah berusia 36 tahun itu berkata, beliau telah menggunakan duitnya sendiri bagi men4nggung segala k0s perbelanjaan sepanjang berada di sana.

 

“Saya pergi sana dengan duit saya sendiri dan tidak pernah buka satu tabung pun untuk ke Gaza, Palestin. Saya pergi dengan duit saya bersama sahabat yang sangat rapat dengan saya dan juga ada beberapa rakan di Facebook yang menyumbang.

“Ramai maki saya dakwa saya bawa duit Malaysia ke sana, dalam Live Muhammad Nadir Al-Nuri sebelum ini dia pernah sebut beliau mengumpul duit sumbangan yang berjumlah RM20 juta, jadi soalan itu sebenarnya berbalik kepada beliau di mana duit itu?

“Saya yakin dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sana, tetapi saya mahu balikkan soalan itu kepada dia, di mana sumbangan RM20 juta, ada resit ada bukti?,” katanya.

Ebit juga menjawab persoalan yang dibangkitkan Muhammad Nadir Al-Nuri mengapa pihaknya membeli barang keperluan di Cairo, Mesir, di mana katanya persoalan itu sepatutnya tidak dibangkitkan kerana satu-satunya NGO dibenarkan ialah Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.

“Sebenarnya soalan ini tidak patut wujud, kerana satu-satunya NGO yang dibenarkan ialah Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.

“Hal-hal bantuan memang melalui persatuan Bulan Sabit Merah Mesir. Saya beli barang perubatan empat lori di Mesir, semua sudah masuk. Di Gaza juga saya ada beli barang sumbangan. Saya guna juga duit saya beli barangan di Mesir,” katanya. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *