Ibu , Anak Mening’gal Dunia Selang 2 minggu Akibat Covid-19

ISU SEMASA

KLANG – Kisah tragis melanda sebuah keluarga apabila dua ahli keluarga mening’gal dunia selang dua minggu akibat Covid-19.

Perkara itu dikongsi Norhazlin Mat Keranji, 36, apabila sepupunya, Norazira Jamal, 37, meninggal dunia pukul 4 petang Selasa lalu sebelum dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

Katanya, ibu kepada Norazira iaitu Sarimah Sarip, 54, menemui illahi lebih awal pada dua minggu lalu.

“Norazira disahkan positif Covid-19 pada 8 Julai lalu sebelum kesihatannya mero’sot pada sembilan hari kemudian dengan mengalami cirit-birit yang ter’uk.

“Semasa menghubunginya pada Ahad lalu, arwah mengadu dia sering kali sesak nafas namun mampu bergerak.

“Saya beritahu arwah supaya kuatkan semangat mela’wan virus tersebut memandangkan dia masih muda lagi,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Norhazlin memberitahu, kesihatan sepupu terus mero’sot apabila mengadu badannya semakin lemah dan se’sak nafas pagi Selasa lalu sebelum suami ar’wah membawanya untuk menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah ( HTAR ) di sini.

“Virus Covid-19 menyerang salur pernafasan ar’wah begitu pantas dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4 petang hari sama,” ujarnya. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *