Kecewa Dicer’aikan Isteri, Warga Emas Ma’ut Minum Ra’cun

ISU SEMASA

SABAK BERNAM – Tindakan seorang lelaki warga emas meminum rac’un rumpai di sebuah rumah di taman Sekinchan Jaya di sini berpunca akibat tertekan selepas berce’rai dengan isterinya.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, motif tersebut diketahui hasil keterangan mangsa yang kini stabil selepas dirawat di Hospital Tanjong Karang ( HTK ).

Katanya, lelaki tersebut bercerai pada April, dua tahun lalu sebelum tinggal berasingan
dengan isteri serta tiga orang anak.

“Berdasarkan siasatan awal, punca pence’raian adalah disebabkan masalah rumah tangga.

“Selepas tempoh berce’rai, lelaki itu menjadi gelandangan dan tidur di sekitar sekitar pekan Sekinchan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut beliau, lelaki itu kemudiannya telah dijumpai tidak sedarkan diri bersama sebotol tong ra’cun tumbuhan jenama Set-Up oleh orang awam yang terus menghubungi polis.

Agus Salim menambah, pasukan perubatan dari HTK yang tiba kemudiannya mengesahkan lelaki itu masih bernafas dan tiada kesan kece’deraan fizikal sebelum dibawa ke hospital tersebut.

“Hasil keterangan awal, lelaki tersebut mengakui telah meminum ra’cun itu yang dibelinya kerana berasa tertekan apabila tidak diterima oleh isterinya selepas berce’rai.

“Ujian air kencing terhadap mendapati positif da’dah jenis Methampitamine,” ujarnya.

Beliau menjelaskan doktor yang telah menjalankan ujian da’rah bagi mengenalpasti kandungan ra’cun iaitu Urine Paraquat Screening dan mendapati tiada kandungan kimia merbah’aya dalam badan suspek.

“Dia yang dilaporkan stabil kini dita’han di Wad Hospital Tanjong Karang bagi tujuan rawatan. Kes disiasat dibawah Sek 309 Kanun Kesek’saan,” katanya.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan seorang lelaki ditemui terba’ring dipercayai cuba membun’uh diri dengan insiden itu tular menerusi video berdurasi 24 saat. -K! ONLINE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *