Remaja Jadi Hamba Se’ks Hampir 3 Tahun Oleh Naf’su Serakah Bapa dan Ibu saudara

ISU SEMASA

MELAKA: Tindakan ke’ji pasangan suami isteri penjual sate menjadikan anak saudara perempuan mereka sebagai hamba se’ks sejak tiga tahun lalu, akhirnya terbongkar apabila kedua-duanya diber’kas polis.

Wanita berusia 37 tahun serta suaminya yang merupakan suspek utama, 39, masing-masing diberkas pada 18 dan 22 Julai lalu di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, kegiatan tidak berperikema’nusiaan pasangan itu terbongkar selepas mangsa yang berusia 18 tahun tampil membuat laporan polis, Ahad minggu lalu.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Sek’sual Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jena’yah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka mena’han suspek wanita pada hari sama laporan diterima.

“Mengikut laporan dibuat, mang’sa mendakwa dia telah diro’gol berulang kali dan dijadikan mangsa sek’sual bapa saudaranya sejak Oktober 2018 sehingga bulan ini sebelum membuat laporan polis.

“Perbuatan lelaki tersebut juga dalam pengetahuan isterinya, namun tidak mempedulikannya.

“Lebih mengejutkan, tindakan terkut’uk itu dikatakan bermula selepas ibu saudaranya itu masuk ke bilik tidur mangsa kira-kira pukul 5 pagi sebelum menyuruh remaja itu ‘melayan’ suaminya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Sukri menambah, mangsa mendak’wa dia tinggal bersama suspek sejak berusia 10 tahun selepas ibunya meninggal dunia, manakala ayahnya warga Indonesia pula menghilangkan diri.

“Hasil siasatan lanjut, suspek lelaki didapati mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Kedua-dua suspek disiasat mengikut Sek’syen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Sek’sual Terhadap Kanak- Kanak 2017,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *