TERKINI: Kes Melonjak Ke 17,045, Rekod Paling Tinggi, Apa Dah Jadi?

ISU SEMASA

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa hari ini terdapat 17,045 kes baharu yang dilaporkan di negara kita. Ini menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan kes setakat hari ini cecah 1,013, 438 kes.

Menerusi perkongsian daripada laman Faebook rasmi KKM menunjukkan negeri Selangor kekal mencatat kes tertinggi hari ini iaitu dengan 8,500 kes diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 2,045 kes.

Selain itu, negeri Kedah antara negeri yang mencatat kes tertinggi pada hari ini dengan bacaan sebanyak 1,216 kes. diikuti dengan Johor iaitu 950 dan Sabah sebanyak 818 kes. Negeri Perak juga mencatat penambahan kes sebanyak 609 kes hari ini.

Sumber: KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *