TERKINI: Giliran Johor Pula Catat Lebih 1,000 Kes Hari Ini, Jumlah Kes Total 14,516 Kes Baharu Covid-19

ISU SEMASA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 14,516 kes baharu positif Covid-19 direkodkan di negara kita. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif mencecah 1,027,954 kes.

Terbaharu, menerusi laman Twitter rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham menunjukkan negeri Selangor masih mencatat kes tertinggi dengan angka 6,508 kes diikuti dengan Johor iaitu 1,449 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 1,425 kes.

 

 

Sumber: DG Noor Hisham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *