TERKINI: Jumlah Kema’tian Hari ini Akibat Covid-19 Melonjak 207 Orang, Rekod Paling Tinggi

ISU SEMASA

Sebanyak 207 kematian akibat Covid-19 dicatatkan hari ini, sekali gus menjadi rekod tertinggi sejak wabak itu melanda negara ini.

Ia kali pertama angka kema’tian melebihi 200. Pada masa ini, jumlah korban keseluruhan akibat Covid-19 adalah seramai 8,201 orang.

 

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 14,516 kes baru Covid-19 hari ini dengan jumlah terkumpul jangkitan wabak itu sebanyak 1,027,954 kes.

Tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan merekodkan kes harian melebihi 1,000 kes, iaitu Selangor (6,508 kes), Johor (1,449 kes), Kuala Lumpur (1,425 kes) dan Kedah (1,160 kes).

 

Dalam pada itu, 1,009 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 524 kes memerlukan alat bantuan pernafasan – kedua-duanya pada kadar tertinggi setakat ini.

 

Status ringkas:

  • Jumlah kes sembuh baru: 9,372 kes
  • Jumlah kumulatif kes sembuh: 853,913 kes (83.1%)
  • Jumlah kes baru Covid-19: 14,516 kes
  • Jumlah kumulatif: 1,027,954 kes
  • Jumlah kes aktif: 165,840 kes
  • Kes tempatan: 14,513 kes (11,480 WN, 3,033 BWN)
  • Kes import: 3 kes (1 WN, 2 BWN)
  • Jumlah kema’tian baru: 207 kes (184 WN, 23 BWN)
  • Jumlah kumulatif kema’tian: 8,201 kes (0.80 %)
  • Jumlah kes di ICU: 1,009 kes
  • Pesakit Covid-19 perlu alat bantuan pernafasan: 524 kes

Terdapat empat negeri yang mana kes baru melebihi 1,000 kes iaitu Selangor (6,508), Johor (1,449), Kuala Lumpur (1,425) dan Kedah (1,160).

Berdasarkan jumlah kes baru, tiada negeri selain Perlis yang menepati syarat yang ditetapkan untuk Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut KKM, kebanyakan kes baru melibatkan orang yang belum menerima vaksin Covid-19.

Setakat semalam, kadar R-naught bagi negara terus meningkat dan kini dengan nilai 1.15 – menandakan penularan yang kian meningkat.

Kematian

 

Seramai 14 pesakit meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital dan 47 pesakit yang tiada sejarah mengidap penyakit lain.

Kluster

Sebanyak 33 lagi kluster baru dikenal pasti hari ini, menjadikan kluster aktif setakat ini sebanyak 1,005 kluster. Ia merupakan angka tertinggi setakat ini.

Daripada jumlah itu, 21 kluster dalam kategori tempat kerja, diikuti 10 kluster komuniti dan masing-masing satu kluster institusi pendidikan swasta berdaftar bawah Kementerian Pelajaran dan pendidikan lain.

 

 

sumber :malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *