Asal Usul Anak Kerak Sihir Yang Popular Di Thailand Dan Kelantan

Uncategorized

Anak Kerak merupakan sihir popular di Thailand. Walaupun begitu, di Kelantan pun ada yang menggunakan sihir anak kerak ini dengan beberapa tujuan seperti pelaris, pendinding dan juga untuk tujuan perbomohan. Anak kerak ni berbeza dengan toyol terutamanya dari segi fungsi walaupun dihasilkan dari bahan yang sama iaitu janin bayi. Janin bayi yang sesuai ialah janin yang berusia antara 6-7 bulan di dalam kandungan dan akan diambil pada hari selasa. Lebih bagus kalau janin tu merupakan janin sulung daripada pasangan suami isteri


yang merupakan anak sulung. Janin yang diperolehi itu akan disalai dengan bacaan mantera tertentu. Apabila siap janin tersebut akan dijual kpd mereka yang berminat. Orang yang terkena sihir anak kerak ni agak sukar dikesan dan proses pemulihan pun sangat sukar dilakukan melainkan oleh bomoh yang handal… Ciri2 orang yang kena sihir ini ialah dia akan bersifat seperti bayi dan sangat manja macam bayi serta selalu meracau. Air liur pesakit selalu meleleh, kulit kekuningan dan mata berwarna merah.

Pemilik anak kerak perlu melayannya dengan baik. Kena sediakan semua kelengkapan seperti katil, buai dan sebagainya seperti seorang bayi. Jika diabaikan, anak kerak ini akan makan tuannya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *