Brendan Gan Menghidap Kanser Testis

Uncategorized

Selangor FC sebentar tadi dengan rasa berat hatinya memaklumkan bahawa pemain sensasi mereka, Brendan Gan telah didapati menghidap kanser testis.

Makluman yang dikongsikan di laman Twitter itu juga menyebut bahawa pemain itu telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan tersebut dan kini sedang dalam pemantauan pakar perubatan.

 

Walau diuji, Brendan tetap optimis dan kuat. Semoga kita semua dapat terus mendoakan kesihatan dan memberikan privasi kepada beliau sepanjang tempoh pemulihannya. Brendan tekad untuk kembali pulih secepat mungkin & tidak sabar untuk kembali semula bersama pasukan.

 

Perkara itu turut disahkan sendiri oleh pemain tengah pasukan Selangor FC melalui laman Facebook miliknya.

Saya telah didiagnos menghidap Kanser Testis, saya telah menjalani pembedahan dan akan menghadapi proses rawatan seterusnya tidak lama lagi.

Brendan yang terus kekal positif percaya bahawa apa yang dihadapinya sekarang akan membawa dirinya untuk menghadapi cabaran yang akan datang.

 

 

 

 

 

Sumber: Selangor FCBrendan Gan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *