Datuk Seri Dr. Adham Baba Punca Utama Atlet Filipina Merangkul Emas, Satu Malaysia Tak Tahu

ISU SEMASA

PETALING JAYA : Ramai Orang Di Malaysia Mungkin tiada mengetahui bahawa sebalik kejayaan jaguh angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz merangkul emas pertama buat negaranya di Sukan Olimpik 2020 bahawa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba merupakan antara individu menyumbang kepada kejayaan wanita itu.

Hal ini kerana Dr Adham adalah pihak bertanggungjawab membantu Diaz menerima suntikan vaksin AstraZeneca sehingga melayakkan wanita itu dan pasukannya dapat berangkat ke Tokyo, Jepun untuk menyertai temasya sukan tersebut.

Menurut maklumat Pejabat Menteri Kesihatan, Duta Besar Filipina ke Malaysia, Charles C. Jose sebelum ini menghantar surat kepada Dr. Adham dan diberikan kelulusan segera oleh Menteri Kesihatan untuk membantu atlet berkenaan yang pada ketika itu sedang menjalani latihan di Jasin, Melaka.

Diaz dan pasukannya sebelum ini terkandas di Malaysia tahun lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Kisah kemenangan atlet angkat berat Filipina itu dalam sukan Olimpik Tokyo 2020 mencuri perhatian apabila muncul atlet pertama negara itu memenangi pingat emas pada temasya sukan berkenaan.

Bukan sahaja itu, kisahnya terkandas di Malaysia sejak tahun lalu berikutan pelaksanaan PKP sehingga terpaksa menjadikan garaj rumah keluarga angkatnya di Jasin sebagai lokasi latihan juga, menarik perhatian dunia melalui acara angkat berat wanita kategori 55 kg.

Tersangkut di Malaysia sejak Februari tahun lalu disebabkan pandemik Covid-19, Diaz pada mulanya agak resah terpaksa berlatih di gimnasium sementara yang dikelilingi pokok pisang dan rambutan, tempat latihan yang mustahil mampu memberikan emas kepadanya di Olimpik Tokyo.

Diaz, 30, pemenang pingat di Olimpik Rio 2016, walaupun tersangkut di Malaysia tetapi tetap bertekad untuk merealisasikan impiannya menjadi pemenang pingat emas Olimpik pertama dari Filipina.

Jaguh dunia itu melakukan angkatan seberat 224 kg untuk mengatasi wakil China, Liao Qiuyin, dan atlet Kazakhstan, Zulfiya Chinshanlo, bagi mengungguli acara berkenaan dengan memecahkan rekod Sukan Olimpik. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *