Lelaki Ditemui Ma’ti Gant’ung Diri Akibat Putus Cinta Kerana Hanya Seorang Penoreh Getah

ISU SEMASA

BALING:  Akibat putus cinta, seorang penoreh getah ditemukan ma’ti dipercayai menggan’tung diri dalam sebuah kebun getah di Kampung Air Merah, Malau, Kuala Ketil, di sini semalam.

Lelaki  berusia 34 tahun itu dikatakan kece’wa dengan teman wanitanya kerana  mengakhiri hubungan percintaan mereka.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat, berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pada.pukjl.12.40 tengah hari.

Katanya, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan yang belum berkahwin sentiasa  berada dalam keadaan kemurungan dan bersendirian di kebun getah tersebut.

“Dia yang bekerja sebagai penoreh getah dikatakan kecewa dengan teman wanitanya yang memutuskan hubungan percintaan mereka.

“Berikutan kekecewaannya itu, dia sentiasa mengasingkan diri dan disyaki punca mangsa bertekad membuat keputusan untuk gantung diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, lelaki tersebut tidak tinggal bersama keluarga sebaliknya menumpang di rumah bapa saudaranya.

“Pemeriksaan awal ke atasnya mendapati tiada kesan lu’ka atau da’rah di  badannya,” ujarnya.

Katanya, maya’tnya dihantar ke Hospital Daerah Kulim dekat sini untuk bedah siasat dan pemeriksaan Covid-19 dan kes diklasifikasikan sebagai kemat’ian mengejut. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *