Rakyat Di Sabah Ingkar SOP, Ziarah raya, Punca Kluster Baru Tinggi

ISU SEMASA

PUTRAJAYA – Satu lagi kluster komuniti melibatkan aktiviti ziarah-menziarahi dikesan di Sabah dikenali sebagai Kluster Tembidong Bidong yang menjangkiti seramai 88 orang setakat ini.

Berdasarkan rumusan kluster baharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, kluster tersebut dikesan di Telupid dan Beluran dengan kes indeks wanita warga Malaysia berusia 55 tahun.

“Kluster ini melibatkan individu-individu yang menjalankan aktiviti ziarah-menziarahi di Kampung Tembidong Bidong, Nangoh, Telupid semasa  sambutan perayaan.

“Wanita yang juga kes indeks tersebut dilaporkan positif Covid-19 pada 21 Julai hasil saringan individu bergejala dan kes mula bergejala pada 17 Julai,” katanya di sini hari ini.

Dalam masa sama, terdapat 23 kluster baharu dikenal pasti semalam terdiri daripada 11 kluster tempat kerja, lapan kluster komuniti, dua kluster kumpulan berisiko tinggi serta masing-masing satu kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan dan pusat tahanan.

Selain Kluster Tembidong Bidong, turut dikesan ialah Kluster Industri Jalan Gemilang Kluang (24 kes), Kluster Industri Tanjung Kulai (13 kes), Kluster Jalan Tembaga Dua (13 kes), Kluster Jalan Angkasa Mas Utama (14 kes) dan Kluster Jalan Bertam Lima (16 kes), Kluster Industri Jalan Tunjong (enam kes) dan Kluster Jalan Padang Tembak 2 (24 kes),

Kluster lain ialah Kluster MIEL Batang Kali (22 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Impian Indah (428 kes), Kluster Jalan Ong Yi How (20 kes), Kluster Industri Tanjung Bruas (99 kes), Kluster Kampung Tok Junuh Mahligai (13 kes), Kluster Kampung Jelutong Gunong (16 kes) dan Kluster Jalan Sultan Ibrahim (lapan kes).

Selebihnya ialah Kluster Kampung Quop (19 kes), Kluster Kandis Pantu (enam kes), Kluster Jalan Patikang Ulu (17 kes), Kluster Gerachi (29 kes), Kluster Jalan Sejahtera Lapan (lima kes), Kluster Jalan Kerayong (47 kes), Kluster Jalan Maktab 2 (25 kes) dan Kluster Pagar Pasir Puteh (12 kes). -K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *