TERKINI: Apa Dah Jadi? Kes Melonjak Hingga Ke 19,819 Mengatasi Rekod Paling Tinggi

ISU SEMASA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 19,819 kes baharu yang telah dilaporkan pada hari ini, menjadikan ia kes tertinggi yang pernah dilaporkan setakat ini.

Jumlah tersebut menjadikan kes kumulatif COVID-19 adalah sebanyak 1,183,110 kes.

Menerusi ciapan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor telah mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 8,377 kes dan diikuti oleh Kuala Lumpur dengan 2,467 kes.

Manakala, Kedah pula merekodkan sebanyak 1,371 kes, Johor dengan 1,162 kes dan Kelantan dengan 1,003 kes.

 

 

 

Sumber: Twitter Noor Hisham Abdullah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *