Kami Tak Peduli, Kami Tetap Sokong Kerajaan PN Pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Uncategorized

PETALING JAYA – Seramai 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pendirian itu selari dengan titah perkenan Yang di-Pertuan Agong bahawa kerajaan PN meneruskan pentadbirannya.

“Yang di-Pertuan Agong namun bersetuju dan memberi perkenanan satu usul undi percaya (ke atas Perdana Menteri) di Parlimen.

“Mungkin pihak yang derhaka adalah mereka yang melanggar titah Yang di-Pertuan Agong supaya perkara ini dibawa ke sidang Parlimen pada September,” katanya pada sidang akhbar di ibu negara hari ini.

Ismail Sabri berkata, seramai 21 daripada 31 Ahli Parlimen BN terbabit menyertai sidang akhbar tersebut. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *