Lelaki Gi’la Se’ks Ditahan Kumpul Pakaian Dalam Wanita

ISU SEMASA

BENTONG: Terkini Seorang lelaki warga asing dipercayai gila se’ks ditahan kerana disyaki mencuri sejumlah pakaian dalam wanita dalam serbuan di rumah sewanya di Kampung Kemasur di sini kelmarin.

Suspek yang merupakan warganegara Vietnam difahamkan menyewa rumah bersama rakan-rakannya dan tinggal sebilik dengan isterinya.

Ketua Polis daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 11.30 malam di rumah disewanya, polis menemukan sejumlah pakaian dalam wanita yang dicuri dan dikumpul suspek.

“Suspek dikesan apabila seorang lelaki membuat laporan polis selepas beberapa pakaian dalam milik anak perempuannya hilang daripada ampaian di belakang rumahnya di Kampung Kemansur di sini.

“Bertindak atas laporan yang dibuat, sepasukan pegawai dan anggota polis Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menahan seorang lslaki warga asing berusia 36 tahun,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zaiham, suspek ditahan reman selama 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Kesek’saan dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959.

Katanya, berdasarkan siasatan awal suspek yang merupakan seorang penganggur telah tamat tempoh pasport sejak 2015.

“Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengetahui sama ada suspek turut melakukan (mencuri pakaian dalam) di kawasan lain dalam daerah Bentong dan buat masa ini hanya satu laporan polis dibuat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *