“Tapi yang paling getir buat saya adalah dia akan diko’makan,” kata Shuib Sambil Menangis Dalam Video

ISU SEMASA

PETALING JAYA – “Saya langsung taknak fikir benda yang tak baik, terima kasih banyak-banyak semua. Doakan supaya Sarah, kalau boleh dalam ko’ma, dia boleh fight (terus berjuang).”

Demikian kata suami kepada Siti Sarah, Shuib dalam keadaan teresak-esak mengharapkan ada keajaiban agar isterinya yang tersayang itu diberi kesembuhan daripada virus ma’ut, Covid-19.

Shuib atau nama sebenarnya, memaklumkan usai bacaan Yassin secara maya anjuran Indigital Music sebentar tadi, isterinya mungkin akan menjalani pembedahan mengeluarkan bayi yang kini berusia tujuh bulan sekitar pukul 2 petang ini.

“Tadi pukul 11 pagi doktor telefon saya minta keizinan untuk tidurkan Sarah buat seketika.

“Katanya, kalau tahap oksigen okey barulah akan diteruskan pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan.

“Tapi yang paling getir buat saya adalah dia akan dikomakan,” kata Shuib menangis dalam video yang turut dikongsikan dalam Instagram rasmi Indigital Music sebentar tadi.

Menerusi hantaran status berkenaan, Indigital mengesahkan, Sarah atau nama lengkapnya, Siti Sarah Raisuddin akan menjalani pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan sekitar pukul 2 petang sebentar lagi.

“Insya-Allah, dengan pembedahan tersebut dapat menyelamatkan mereka berdua. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada semua. Semoga Allah memperkenankan doa hamba-Mu ini,” ujar kenyataan tersebut.

 

 

 

sumber:kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *