“Semua menunggu awak di rumah, sayang. Jangan tidur lama sangat tau,”- Shuib

ISU SEMASA

PETALING JAYA: Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib sentiasa berharap agar isteri tercintanya, Siti Sarah Raissuddin, kembali dalam keadaan sedia kala dan dapat pulang ke pangkuan keluarga secepatnya.

Menerusi entri Instagram, Shuib juga terus menitipkan rasa rindu buat isterinya yang kini masih dalam rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Sehubungan itu, dia turut meniupkan semangat buat Siti Sarah walaupun dari jauh sahaja dan yakin isterinya pasti akan pulang ke rumah.

“Sayang, saya tahu awak dah buat yang terbaik. Awak dah lawan sampai anak kita dah selamat dilahirkan. Ayash Affan dah buka mata, kaki dah tendang-tendang, tangan dah gerak.

“Syukur Alhamdulillah dah sekarang awak penat, sedang tidur. Tetapi jangan tidur lama-lama ya sayang. Saya, anak-anak serta keluarga semua rindukan awak.

“Semua menunggu awak di rumah, sayang. Jangan tidur lama sangat tau, kuatkan semangat dan buka mata okey,” tulisnya di Instagram.

Semalam, Siti Sarah terpaksa ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU), di hospital berkenaan berikutan tahap oksigen yang masih tidak stabil.

Kemudian, penyanyi itu selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang, namun masih belum sedarkan diri selepas melakukan pembedahan sejak pukul 2 petang, semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *