Anak Monyet Diba’kar Hidup-Hidup Dan Disek’sa Semata-Mata Untuk Hiburan Online

ISU SEMASA

LOS ANGELES – Sebuah organisasi tidak bermotifkan keuntungan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Lady Freethinker mendakwa telah mengesan satu sindiket online yang menawarkan khidmat mende’ra anak monyet untuk tujuan hiburan, lapor akhbar Daily Star UK, semalam.

Menurut kenyataan Lady Freethinker, kumpulan haram dipercayai beroperasi dari Indonesia itu akan membuka tawaran kepada mana-mana ahli untuk membeli anak monyet secara maya dan boleh menghantar permintaan untuk menyek’sa haiwan itu sebagai satu bentuk hiburan atau gurauan.

Anak-anak monyet itu dise’ksa dengan dahs’yat seperti diikat pada pokok dan dilibas dengan cem’eti, dibaringkan di atas api dan bermacam-macam lagi.

Ahli-ahli sindiket tersebut juga boleh membeli anak monyet secara persendirian atau memilih untuk berkongsinya dengan menjadikan haiwan itu sebagai harta komuniti.

Lady Freethinker dan sebuah lagi pertubuhan,  Action for Primates menyeru pengguna platform media sosial dan video untuk melaporkan sebarang video berkaitan penyeks’aan haiwan agar aktiviti tersebut segera dihentikan.

Agensi penguatkuasaan undang-undang AS dan pihak berkuasa Indonesia juga telah diberitahu mengenai  penyek’saan terhadap monyet dan anggotanya bagi siasatan lanjut.

“Penderitaan anak-anak monyet itu bukan sekadar gurauan dan ia sangat menyakitkan hati.

“Media sosial boleh dan sepatutnya menjadi platform lebih baik dalam menghentikan penyek’saan ke atas haiwan untuk hiburan dan demi mengaut keuntungan,”kata seorang jurucakap Lady Freethinker. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *