Netizen Kongsi 5 Langkah Penting Yang Anda Harus Lakukan Selepas Diberi Kelonggaran Lengkap Vaksinasi

ISU SEMASA

إنا لله وإنا اليه راجعون Pagi ini sahaja tak kurang 7 berita kema’tian aku baca di garis masa Twitter aku, walaupun bukan dari kalangan kenalan Twitter aku sendiri

ال اللهم اغفر لهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم اللهم اجعل قبرهم روضة من رياض الجنة

Jadinya tolong

1)Jangan ambil mudah dan merasa seronok dengan kelonggaran yang bakal diberi walaupun anda sudah lengkap 2 dos vaksin kerana anda masih berpotensi dijangkiti Covid-19 dan menjangkitkannya kepada orang yang belum menerima vaksin di sekeliling anda.

 

2)Tolong jaga bersungguh-sungguh tatacara kendalian piawai (SOP).Pakailah pelitup muka dengan baik dan jika boleh gunakan pelindung muka (face shield) bersama-sama pelitup muka berganda apabila berada di tempat yang agak sesak.

 

3)Tolong cakna dan peka terhadap sebarang simptom Covid-19 dan jangan berlengah untuk buat ujian saringan sekiranya ada kebarangkalian anda bersentuhan atau berhubung dengan mereka yang dijangkiti.Jika ada duit lebih, beli kit ujian Covid-19 kendiri dan simpan satu di rumah.

4)Tolong jangan keluar rumah sekiranya benar-benar tiada keperluan.Jika perlu keluar sekalipun, terus ganti pakaian dan mandi.

Hendak harapkan pihak berwajib mereka memang sudah tidak boleh lagi diharap maka jagalah nyawa anda sendiri dan orang-orang yang berada di sekeliling. Jadi, tolonglah diri sendiri!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *