Lelaki Ma’ut Dite’tak Dengan Par’ang Di kepala Gara-Gara Menam’par Anak Jiran

ISU SEMASA

BERUAS: Seorang lelaki maut ditetak jirannya dalam satu pertelingkahan berpunca daripada tindakan suspek menam’par anak mangsa di sebuah rumah di Jalan Sitiawan-Beruas di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa berusia 40-an ma’ut di tempat kejadian akibat ditet’ak dengan par’ang di kepala dan kakinya.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, siasatan awal mendapati terdahulu suspek  menam’par anak mangsa.

“Berikutan itu mangsa ke rumah suspek untuk berbincang perkara tersebut sehingga berlaku pertelin’gkahan antara mereka,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Menurut Nor Omar, suspek yang juga berusia 40-an ditahan pada hari sama di rumahnya.

Beliau memberitahu, polis turut meram’pas sebilah par’ang dari rumah suspek yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Menurutnya, suspek direman  tujuh hari sehingga 16 Ogos ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Kese’ksaan. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *