Lelaki Ditemui Ma’ti Tergantung Di Sebatang Pokok Mangga

ISU SEMASA

ALOR GAJAH – Seorang warga emas ditemui ma’ti dalam keadaan tergantung pada sebatang pokok mangga di Kampung Melaka Pindah, di sini hari ini.

Lelaki yang berusia 70 tahun itu ditemui kira-kira pukul 7 malam sebelum mayatnya diturunkan dengan bantuan pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Zamri Omar berkata, panggilan kecemasan diterima daripada polis pukul 7.19 petang.

Katanya, 11 anggota bersama-sama tiga jentera dikejarkan ke lokasi dan tiba tujuh minit kemudian.

“Apabila tiba di lokasi, kita dapati terdapat satu ma’yat lelaki dalam keadaan tergantung di sebatang pokok mangga yang terletak berhampiran sebuah stor di hadapan rumahnya.

“Mayat telah diturunkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, difahamkan mangsa merupakan seorang warga Indonesia berstatus pemastautin tetap di negara ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *