Rekod Terkini 70 wanita hamil ma’ut akibat Covid-19 tahun ini

ISU SEMASA

PUTRAJAYA – Sejumlah 3,396 kes Covid-19 dilaporkan dalam kalangan ibu hamil di negara ini sejak Mac 2020 sehingga Jun lalu meningkat sejajar dengan peningkatan jumlah kes secara keseluruhan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes dilaporkan semakin meningkat sejak Oktober 2020 dengan purata 200 kes jangkitan sebulan.

Katanya, lonjakan kes dapat dilihat pada Mei dan Jun lalu masing-masing sebanyak 850 kes dan 899 kes.

Beliau berkata,  sebanyak 70 kes kema’tian ibu hamil disebabkan oleh komplikasi jangkitan Covid-19 dilaporkan tahun ini setakat 9 Ogos lalu dengan 47 peratus daripada kes kema’tian yang dilaporkan mempunyai komorbid.

“Tahun lalu, tiada kes kema’tian melibatkan ibu hamil disebabkan komplikasi jangkitan Covid-19 dilaporkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pada tahun ini, purata kes kema’tian Covid-19 bagi Januari hingga Mei adalah dua kes sebulan sebelum meningkat mendadak pada Jun dengan 17 kes kema’tian.

“Data menunjukkan dua kes menerima dos pertama vaksin, manakala sebanyak 15 kes lagi tidak menerima vaksin Covid-19,” katanya. -K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *