TERKINI : Kes Covid-19 Melambung Tinggi Hingga Iaitu 21,668 kes , Rekod Paling Tinggi Dicatatkan, Apa Jadi Ni?

ISU SEMASA

 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, melalui laman Twitter rasmi melaporkan 21,668 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 1,342,215 kes.

Menurut laporan tersebut, lima negeri merekodkan kes positif harian Covid-19 lebih dari 1,000 kes.Bagi pecahan kes setiap negeri, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 6,278 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2,438 kes), dan Kedah (2,143 kes).

Sabah menunjukkan peningkatan kes yang ketara hari ini iaitu 2,052 kes, berbanding 1,514 kes semalam.

Turut meningkat adalah kes harian bagi negeri Johor (1,709), Sarawak (1,216), Perak (930), Pahang (629), Wilayah Persekutuan Labuan (11), Wilayah Persekutuan Putrajaya (56), dan Perlis (23).

Manakala kes positif harian bagi enam negeri menunjukkan penurunan berbanding semalam iaitu Negeri Sembilan (899), Pulau Pinang (1,229), Kelantan (972), Melaka (494), Terengganu (594) dan Perlis (23).

 

 

Sumber:DG Hisham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *