Anggota TUDM Menem’bak Tiga Rakannya Sebelum Menem’bak Diri Sendiri

ISU SEMASA

KOTA SAMARAHAN: Empat ma’ti dalam kejadian tem’bak di Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, pagi ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang mengesahkan kes itu berkata, kejadian berlaku jam 7.50 pagi di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM.

“Difahamkan kejadian itu berlaku ketika masa serah tugas. Salah seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum menem’bak diri sendiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, dua rakannya yang ditem’bak ma’ut serta-merta di tempat kejadian manakala seorang lagi ced’era par’ah.

“Mangsa yang ced’era par’ah sempat memandu kenderaan sendiri mendapat rawatan di klinik tentera dalam kem berkenaan.

“Mangsa yang ced’era di bahagian perut dan krit’ikal mening’gal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Jantung Kota Samarahan,” katanya.

Katanya, pihak Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak dan Forensik Hospital Umum Sarawak telah hadir di tempat kejadian.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti kejadian.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *