”Mangsa Yang Ced’era Sempat Memandu Kenderaan Sendiri, Namun Mening’gal Ketika Dirawat” – Pesuruhjaya Polis Sarawak

ISU SEMASA

PETALING JAYA: Polis mengklasifikasikan insiden tembakan membabitkan empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di unit TUDM, Kota Samarahan, Kuching, Sarawak, awal pagi ini sebagai kes bun’uh.

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Kesek’saan.

“Siasatan masih dijalankan dan setakat ini punca kejadian masih belum diperoleh,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, satu kejadian temba’kan berlaku kira-kira pukul 7.50 pagi di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM.

Difahamkan ketika kejadian itu, kesemua anggota berkenaan masing-masing dalam proses menyerahkan tugas.

Salah seorang anggota TUDM terbabit kemudiaannya dipercayai menem’bak tiga rakannya sebelum menem’bak diri sendiri.

 

Akibat kejadian itu, dua rakannya yang ditem’bak maut serta-merta di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah.

Mangsa yang cede’ra par’ah sempat memandu kenderaan sendiri mendapat rawatan di klinik tentera dalam kem berkenaan. Namun mangsa yang ce’dera di bahagian perut dan kritik’al mening’gal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Jantung Kota Samarahan.

 

 

sumber:utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *