Ibu Kandung Dan Teman Lelaki De’ra Anak Perempuan 5 Tahun Hingga Ced’era

ISU SEMASA

Polis menahan seorang wanita dan teman lelakinya kerana dipercayai mendera anak kandungnya berusia lima tahun sehingga mengalami kecede’raan di beberapa bahagian badan, di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, kejadian berkenaan dikesan selepas pihak polis menerima panggilan daripada orang awam, kira-kira jam 9.25 malam Sabtu.

Katanya, kanak-kanak perempuan yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Melaka itu dipercayai dipukul dengan menggunakan tangan dan tali pinggang oleh kedua-dua suspek.
“Selepas menerima maklumat, Bahagian (D11) Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenay’ah Kontinjen Melaka telah pergi ke tempat kejadian dan berjaya menyelamatkan mangsa iaitu kanak-kanak berumur lima tahun.
“Hasil siasatan awal mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada bahagian tubuh badannya dipercayai dipukul oleh ibu kandung dan teman lelakinya,” katanya dalam kenyataan di sini.
Ujar Sukri, suspek lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di perkarangan Balai Polis Bandar Hilir manakala ibu kandung berusia 30 tahun dicekup di rumahnya di Bandar Hilir tengah malam tadi.
Katanya, seorang lagi anak suspek berusia setahun tidak mengalami sebarang kecede’raan dan kedua-dua mereka telah direman selama tujuh hari sehingga 21 Ogos ini.
“Polis Melaka memandang serius ke atas kes-kes jena’yah teruatamanya kes yang melibatkan kanak- kanak dan akan mengambil tindakan tegas ke atas individu yang terlibat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang mana jika disabitkan kesalahan suspek boleh didenda tidak melebihi RM 20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya,” tambahnya.

 

sumber: astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *