Punca Utama Kes Covid-19 Melonjak Kerana Tak Vaksin

ISU SEMASA

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mendedahkan, sebanyak 16,805 kes bersamaan 85.1 peratus daripada jumlah 19,740 kes positif Covid-19 harian hari ini, tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes harian itu juga, sebanyak 298 kes bersamaan 1.5 peratus adalah daripada kategori tiga, empat dan lima.

“Sebanyak 19,442 kes bersamaan 98.5 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua yang berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis Covid-19.

“Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 19,740 kes berbanding semalam, 20,547 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 17,450 kes dengan 274 kematian, 35 kluster baharu serta 1,047 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 520 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 249,277 kes aktif.

Mengulas mengenai 274 kes kema’tian, beliau berkata, Selangor terus menjadi penyumbang terbanyak iaitu 100 kes, 39 kes di Kuala Lumpur, 31 kes di Johor, 21 kes di Kedah, 19 kes di Pulau Pinang, 16 kes di Melaka, 15 kes di Sabah, 10 kes di Perak, sembilan kes di Kelantan, masing-masing lima kes di Sarawak dan Negeri Sembilan, tiga kes di Terengganu, serta satu kes di Pahang.

 

 

“Kematian melibatkan 153 lelaki dan 121 perempuan dengan 63 warga asing manakala 77 pesakit meninggal dunia di rumah serta 201 pesakit mempunyai pelbagai latar belakang penyakit,” katanya.

Dalam perkembangan mengenai 35 kluster baharu, Noor Hisham berkata, 21 kluster berkaitan tempat kerja dengan tujuh di Selangor, 10 kluster komuniti termasuk sembilan di Kelantan serta dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pendidikan tinggi. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *