“Ya Allah, sebaknya. Bukan mudah nak berada di posisi abah (Muhyiddin), perjuangan serta pengorbanan abah.” -Heliza Helmi

ISU SEMASA

PETALING JAYA: Penyanyi dan aktivis terkenal, Heliza Helmi meluahkan rasa sedih mengenangkan kembali jasa Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Menerusi entri Instagram, Heliza memuat naik satu video yang memaparkan beberapa gambar Muhyiddin sepanjang menjalankan tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri, namun hantaran tersebut sudah dipadam.

Menurutnya juga, ia bukan mudah bagi mana-mana pihak untuk berada di kedudukan beliau pada masa yang mencabar ini.

“Ya Allah, sebaknya. Bukan mudah nak berada di posisi abah (Muhyiddin), perjuangan serta pengorbanan abah.

“Ya Allah, berikanlah yang terbaik untuk abah dan kami semua, rakyat Malaysia sebuah negara yang Engkau redai. Pandu kami Ya Allah,” coretnya ringkas di Instagram.

Semalam, media melaporkan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md Yusof memaklumkan, Muhyiddin akan menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

sumber:Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *