Pembantu Rumah Dipaksa Mandi Didepan Majikan, Diten’dang Alat Kelamin

ISU SEMASA

SINGAPURA: Seorang wanita yang mende’ra pembantu rumahnya secara psikologi dan fizikal, memanggilnya ‘berbau busuk’ dan menendang alat kelaminnya, dijatuhi hukuman penjara 15 bulan dan dua minggu.

Rosdiana Abdul Rahim, 33, juga diarah membayar pampasan S$2,500 kepada mangsa atau menjalani tambahan 11 hari hukuman penjara jika gagal berbuat demikian.

Berita Mediacorp melaporkan, hakim bersetuju dengan pihak pendakwa bahawa perlindungan bagi pembantu rumah yang mudah terjejas adalah suatu hal kepentingan awam dan individu-individu sedemikian perlu perlindungan khas di bawah undang-undang.

Rosdiana sebelum ini didapati bersalah bagi enam tuduhan termasuk menghi’na kehormatan pembantunya, menggunakan kekera’san jenay’ah, menyebabkan kecede’raan dan membuat ugutan jenayah.

Mangsa yang kini berusia 21 tahun datang ke Singapura dari Indonesia untuk bekerja pada September 2017.

Beliau tidak mempunyai hari cuti atau dibayar gaji selama tiga bulan.

Tugasnya termasuk melakukan kerja rumah dan menjaga anak kembar majikannya di rumah ibu Rosdiana pada siang hari.

Beliau juga tidak dibenarkan berehat pada siang hari dan selalu dipantau oleh keluarga Rosdiana.

Sebulan selepas bekerja dengan majikannya itu, mangsa disuruh menunjukkan bagaimana beliau mandi dengan Rosdiana mengadu pembantu rumah itu berbau busuk.

Rosdiana juga menarik tangan mangsa dan menolaknya ke dalam tandas, menyiram air dan meletakkan syampu di kepalanya.

Mangsa juga disuruh menukar pakaian di depan, tingkap yang terbuka.

Tiga lagi kejadian penganiayaan terhadap mangsa berlaku pada Disember 2017.

Rosdiana melumur bedak bayi ke seluruh wajah pembantu rumah itu setelah memanggilkan buruk dan melarangnya menggunakan tuala di hotel apabila berasa sejuk.

Rosdiana juga mencubit buah dada mangsa di depan suaminya selain menen’dang pembantu rumah itu dua kali di alat kelaminnya.

Mangsa membuat laporan polis pada 12 Disember 2017.

Bagi kesalahan menghi’na kehormatan mangsa, Rosdiana boleh dipenjara hingga satu tahun, didenda, atau kedua-dua hukuman.

Rosdiana boleh dihukum penjara hingga dua tahun, denda hingga S$5,000, atau kedua-dua hukuman kerana sengaja menyebabkan kecede’raan ke atas pembantunya.

Hukuman itu boleh ditambah hingga satu setengah kali ganda kerana mangsa adalah pembantu rumah.

Atas kesalahan tidak memberi rehat yang mencukupi dan mengani’aya pembantu rumahnya, Rosdiana boleh dihukum penjara sehingga setahun, didenda tidak lebih S$10,000 atau kedua-duanya sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *