Ucapan Tahniah Atas Kemerdekaan Afghanistan Dipadam Oleh PAS

ISU SEMASA

Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat awal petang ini memadam ucapan tahniah yang dibuat parti itu kepada Taliban ekoran langkah kumpulan terbabit kini menguasai Afghanistan.

Terdahulu ucapan tahniah daripada PAS itu dibuat pengerusi lajnah terbabit, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Menurut Adun Batu Buruk di Terengganu itu, PAS menganggap penguasaan Taliban itu sebagai suatu “kemerdekaan” rakyat dan negara itu daripada cengkaman penjajahan.

“Kemenangan dan ‘kemerdekaan’ yang dicapai kali ini adalah hasil usaha seluruh rakyat Afghanistan dalam usaha untuk membebaskan tanah air mereka yang selama 20 tahun dijajah dan diceroboh dengan tanpa belas ihsan dan perikemanusiaan hingga hampir memusnahkan negara tersebut,” katanya dalam kenyataan asal.

Khalil menambah dengan “kemenangan” itu PAS berharap semua pihak yang berkaitan dapat berganding baru membangunkan semula negara berkenaan.

Katanya mereka diharap mencapai kata sepakat untuk berdamai bagi meletakkan kembali Afghanistan di landasan yang betul.

 

Kumpulan Taliban menguasai Kabul sejak 16 Ogos lalu sekali gus menyempurnakan penguasaan mereka ke atas negara berkenaan selepas memulakan gerakan tersebut dari satu wilayah ke wilayah lain tanpa banyak tentangan beberapa bulan lalu.

Sejurus sebelum Taliban memasuki Kabul, Presiden Afghanistan Mohammad Ashraf Ghani Ahmadzai meninggalkan negara tersebut untuk ke lokasi yang sehingga kini belum disahkan.

Ashraf – bekas pensyarah universiti di AS – mendakwa dia meninggalkan Afghanistan bagi mengelakkan pertumpahan dar’ah. Menjelang pemergiannya kumpulan Tali’ban sudah berada di pinggir Kabul dan bersedia untuk memasuki ibu negara Afghanistan berkenaan.

 

Kemasukan Taliban ke Kabul kelmarin berlangsung secara aman.

Taliban kali ini dianggap lebih sederhana berbanding kumpulan yang mentadbir Afghanistan pada 1996 apabila mereka melaksanakan peraturan yang konservatif.

Bagaimanapun kemasukan Taliban juga menyaksikan sebahagian orang awam berpusu-pusu cuba meninggalkan Afghanistan termasuk dengan cara yang amat terdesak.

Khalil berkata kerajaan baru Afghanistan dan rakyat negara itu diharap dapat bersama-sama memajukan negara terbabit berasaskan nilai Islam.

“Semoga kerajaan baru Afghanistan dan rakyatnya berganding bahu dan berkerjasama membangunkan negara seterusnya memperolehi kemakmuran, keamanan dan kemajuan selepas ini dengan berpandukan syariat dan nilai-nilai Islam yang syumul di samping mendapat rahmat, keberkatan dan pertolongan Allah SWT,” katanya.

 

Sumber: MK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *