Warga Asing Merusuh, Baling Batu Pada Petugas Kesihatan

ISU SEMASA

MELAKA: Sekumpulan pekerja warga asing yang dipakaikan gelang pengawasan merah jambu bertindak membaling batu dan kayu terhadap petugas Kementerian Kesihatan selepas tidak berpuas hati dengan kema’tian rakan mereka di sebuah asrama di Tanjung Kling di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, tiga petugas kesihatan dan seorang pengawal keselamatan kilang berusia 33 tahun bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang keced’eraan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, rusuhan dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati kumpulan tersebut dengan cara pengurusan pengawal keselamatan terhadap salah seorang rakan mereka yang ditemui tidak sedarkan diri.

RAKAMAN sekumpulan pekerja asing bertindak berhimpun dan membal’ing batu terhadap petugas Kementerian Kesihatan di Tanjung Kling, Melaka.

“Pengawal keselamatan kilang telah dimaklumkan mengenai kejadian seorang pekerja tidak sedarkan diri dan tiga petugas Kementerian Kesihatan telah hadir bersama-sama sebuah ambulans sebelum mangsa kemudiannya disahkan telah mening’gal dunia.

“Bagaimanapun, ketika pihak kakitangan melakukan tugasan lanjut, salah seorang daripada pekerja enggan memberikan kerjasama sehingga berlaku provokasi dan bertindak membaling batu terhadap pengawal keselamatan terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Afzanizar berkata, petugas kesihatan dan pengawal terbabit berjaya keluar daripada asrama, namun, kumpulan tersebut terus melakukan rusuhan di pintu pagar hadapan asrama dengan membaling kayu pada ambulans.

“Mereka juga bertindak merosakkan sebuah motosikal Honda Wave milik pengawal keselamatan, pondok pengawal keselamatan, kamera litar tertutup (CCTV) dan peti penggera kebak’aran, selain mengakibatkan kemek dan calar pada ambulans.

“Dianggarkan kos kerugian dalam kejadian itu adalah kira-kira RM22,000,” ujarnya.

Jelasnya, setakat ini, tiada tangkapan dilakukan memandangkan kumpulan itu antara 670 pekerja asing yang sedang menjalani perintah kuarantin dan dipakaikan gelang merah jambu sejak 12 Ogos lalu.

Katanya, siasatan bagaimanapun akan diteruskan di bawah Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Kesek’saan.

Terdahulu, satu rakaman klip video dipercayai kejadian rusuhan itu turut tular dalam laman sosial Facebook sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai. -UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *