Rumah Ebit liew Diserbu Pihak Polis Untuk Mencari Bukti Tentang Kes Gang’guan Sek’sual

ISU SEMASA

PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan mengesahkan serbuan ke atas rumah pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew petang tadi.

Beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia memaklumkan, serbuan berkenaan dilakukan untuk tujuan mendapatkan bukti berkenaan siasatan yang dijalankan.

Bagaimanapun, Abd. Jalil enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Ya, kita pergi ke rumah beliau sebaik sahaja keterangannya diambil petang tadi,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, siasatan membabitkan Ebit Lew akan diteruskan sehingga berpuas hati sebelum kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Abd. Jalil berkata, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 509 Kanun Kesek’saan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Justeru kata beliau, semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan kes itu dapat disiasat dengan telus.

“Polis mengesahkan telah merakam keterangan Ebit Lew berhubung kes gangguan sek’sual. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang penyebaran apa-apa jua bahan yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ebit Lew pagi ini memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan menyifatkan apa yang berlaku terhadapnya sebagai fitnah yang kejam dan melampau.

 

 

Sumber:Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *