Pelitup muka Tajuddin berharga RM1,699?

ISU SEMASA

KUALA LUMPUR: Dalam amalan kehidupan norma baharu, pelitup muka menjadi ‘kewajipan’ yang perlu dipakai semua masyarakat. Ia mudah dimiliki semua orang kerana dijual di mana-mana premis termasuk pasar raya dan farmasi dan pada harga  serendah 50 sen sekeping.

 

Tidak semua gemar memakainya kerana rimas dan menyukarkan pernafasan, tetapi demi keselamatan ia diwajibkan kepada semua pengguna.Pelitup muka yang dipakai Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menjadi perhatian kerana difahamkan nilainya adalah RM1, 699.

 

Apatah lagi sebelum ini, Tajuddin dikompaun selepas didapati tidak memakai pelitup muka ketika berada di ruang legar Parlimen.Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, pelitup muka yang dipakai Tajuddin adalah produk di bawah rangkaian LG PuriCare dan dijual pada harga RM1,699.

 

Apa yang membuatkan pelitup muka itu unik adalah dilengkapi teknologi pembersihan udara, sekali gus memastikan pengguna menerima udara bersih.Jika diperhatikan, ia mempunyai lampu kecil berwarna hijau di bahagian tepi pelitup muka tersebut dan sentiasa berkelip, menandakan ia mempunyai bateri yang cukup untuk memakainya.

 

Turut difahamkan, pelitup muka tersebut buka jenis pakai buang kerana ia boleh dicaj dan digunakan kembali pada hari berikutnya.Ini bermakna, pengguna boleh memakai sepanjang hari dalam keadaan selesa dan diyakini pengudaraan yang diperolehnya bersih.

 

Sebelum ini, Tajuddin dikompaun selepas didapati tidak memakai pelitup muka ketika berada di ruang legar Parlimen.Sebelum ini, Tajuddin yang juga bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dikenakan kompaun RM1,500 atas kesalahan sama semasa mengadakan sidang media selepas melawat lokasi dua tren LRT bertembung dalam terowong berhampiran KLCC pada 25 Mei lalu. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *