Lelaki Mening’gal Dunia Tak Sempat Vaksin Selepas Berjalan Kaki 2km Utk Mengikuti PPV

ISU SEMASA

KENINGAU: Baru-baru ini seorang lelaki yang dipercayai berjalan kaki sejauh lebih 2km untuk menerima vaksin Covid-19 ditemui ma’ti di bawah pokok berhampiran Kompleks Sukan Keningau, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa dikatakan tiba-tiba re’bah ketika berehat di bawah pokok itu selepas berjalan dari kediamannya di Kampung Pampang ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Sukan Keningau.

Ketua Polis Daerah Keningau Shahrudin Mat Husain berkata, sepasukan pegawai perubatan bergegas ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa namun dia kemudiannya disahkan mening’gal dunia.

”Mangsa adalah seorang lelaki warga asing berusia 57 tahun dan ma’yat mangsa telah dihantar ke Hospital Keningau oleh pasukan Covid-19 polis dan KKM (Kementerian Kesihatan) untuk tindakan lanjut.

”Siasatan awal mendapati mangsa telah berjalan kaki dari kediaman di Kampung Pampang Keningau ke PPV Kompleks Sukan Keningau untuk hadir janji temu vaksin menerusi aplikasi MySejahtera.

”Tiada sebarang unsur jena’yah didapati dalam kes ini dan ianya diklasifikasikan sebagai kes ma’ti mengejut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

 

sumber:FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *