”Jangan Jadi Pengkhianat Dan Penderhaka, Ini Tanah Air Kita” – Kata Bossku Najib

ISU SEMASA

PETALING JAYA: Ciapan demi ciapan bekas Perdana Menteri menunjukkan tanda sokongan kepada Perdana Menteri baru . Salah satu hantaran baharu di facebook beliau ialah

“Ini tanah air kita, Lindungilah dari segala penderhakaan, pengkhianatan dan penjajahan”.Demikian tulis bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

“Sebelum keluar rumah tadi. Pasang Jalur Gemilang dekat kereta saya. Banyak yang berlaku bulan ini. Tetapi jangan sesekali kita lupa. Ini tanah air kita. Tempat kita lahir dan dibesarkan,” katanya.

Najib menambah, bumi dipijak inilah yang memberikan kita rezeki dan berkat kemakmuran.

“Lindungilah dari segala penderhakaan, pengkhianatan dan penjajahan. Pertahankan kedaulatan dan kemerdekaan ini dengan kebersamaan di antara kita. Semoga Allah SWT merahmati Malaysia dan rakyat Malaysia,” katanya.

 

 

Sumber: Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *