Anggota Tentera Yang Dipe’cat Kerana Menolak Vaksin Akan Diserap Semula Jika Terima Vakisn – TUDM

ISU SEMASA

Penamatan perkhidmatan seorang anggota tentera dibuat selepas beberapa kali sesi kaunseling gagal mengubah pendiriannya untuk mengambil vaksin Covid-19.

Panglima Tentera Darat, Zamrose Mohd Zain menegaskan, tindakan buang kerja itu tidak dilakukan secara terburu-buru, sebaliknya dibuat mengikut peraturan demi menjamin keselamatan semua pihak.

Namun begitu anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dipe’cat kerana menolak vaksin Covid-19 akan dipertimbangkan untuk diserap semula jika dia bersedia menerima suntikan vaksin itu, kata Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Beliau berkata namun, keputusan memberhentikan anggota berkenaan masih kekal setakat ini.

Zamrose berkata anggota tentera berkenaan sebelum ini telah menjalani empat sesi kaunseling selepas dia enggan menerima suntikan vaksin dan keputusannya masih sama iaitu tidak mahu menerima suntikan vaksin.

“TDM akan pertimbangkan (serap semula bertugas) jika dia mahu menerima suntikan vaksin dan saya yakin pegawai pemerintah mengambil tindakan sewajarnya.

“Segala apa yang patut anggota itu dapat kita akan serahkan,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan kempen Tabung Pahlawan 2020 (Matching Grant) kepada 83 persatuan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira ATM, di Kala Lumpur, hari ini.

Zamrose berkata TDM mempunyai 86,000 anggota dan tidak mahu sebarang implikasi berlaku terhadap anggota lain yang bekerja dalam pasukan.

“TDM merasakan dia tidak sesuai dengan tentera darat kerana TDM bekerja dalam kumpulan dan TDM tidak mahu sebarang implikasi kepada anggota lain kerana dia seorang sahaja yang tidak mahu menerima vaksin,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang tentera berpangkat Sarjan dipe’cat kerana menolak vaksin Covid-19 dan menyebabkan dia kehilangan kelayakan untuk menerima skim pencen.

– Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *