Hanya Parti Umno Dapat Memahami Derita Rakyat – Dr Asyraf

ISU SEMASA

Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki (lahir 14 Mei 1976) ialah ahli politik Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkuatkuasa pada 29 Julai 2015 sehingga 10 Mei 2018.

Pada peringkat parti, beliau ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Baru-baru ini Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan timbalan presiden parti itu Mohamad Hasan dilantik sebagai menteri kewangan dalam kabinet Ismail Sabri Yaakob.Katanya, jawatan itu mesti disandang oleh individu “yang biasa bergelumang dengan rakyat dan memahami denyut nadi mereka”.

 

Ia, katanya, bagi membolehkan beberapa tuntutan seperti pelaksanaan, moratorium pinjaman bank, pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra selain tambahan nilai pakej-pakej bantuan rakyat.

“Saya mencadangkan agar dipertimbangkan cadangan untuk YAB perdana menteri melantik Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan sebagai menteri kewangan dalam kabinet baharu nanti.

 

“Setuju dengan pandangan ini?” tulis Asyraf di media sosialnya.Mohamad tidak layak dilantik sebagai menteri memandangkan dia bukan anggota Dewan Rakyat.Bagaimanapun, dia masih boleh dilantik sebagai senator bagi melayakkannya dilantik ke dalam kabinet.

 

Sumber – Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *