Gelandangan Ma’ti Ditemui Dalam Kereta

ISU SEMASA

KUALA LUMPUR – Pihak polis mengesahkan seorang ditemui ma’ti akibat seran’gan jantung di dalam kereta pada jam 8.23 pagi hari ini.

Insiden seorang lelaki disyaki gelandangan yang ditemui dalam keadaan tidak bernya’wa dalam kereta miliknya yang dijadikan kediaman tetap mengejutkan penduduk di  kondominium di Seksyen 20, Shah Alam hari ini.

Mangsa ditemui dalam keretanya Proton Saga Aeroback yang penuh dengan barang keperluannya pada waktu pagi ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu daripada orang awam sekitar pukul 8.23 pagi.

“Polis pergi ke lokasi kejadian sebelum mendapati mangsa dalam kes ini merupakan seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun yang disyaki gelandangan dan hanya tinggal didalam kereta sahaja.

“Siasatan mendapati mangsa dipercayai telah mening’gal dunia akibat sera’ngan jan’tung.

“Pemeriksaan susulan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan pembantu perubatan (MA) Hospital Klang mendapati tiada sebarang keceder’aan dan unsur jena’yah,” katanya dalam kenyataan  hari ini.

Tambah Baharudin, kes kema’tian gelandangan itu telah diklasifikasikan sebagai rekod ma’ti secara mengejut (SDR).

“Kita sudah menghantar may’at ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kemati’annya,” tegasnya.-MalaysiaGazette

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *