Suami Isteri Mening’gal Dunia Setelah Motorsikal Yang Dinaiki Merem’puh Lori

ISU SEMASA

SEPANG: Kejadian ini berlaku di Cyberjaya di mana sepasang suami isteri mening’gal dunia setelah motosikal yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori dalam kemala’ngan jalan raya di Kilometer (KM) 49 Jalan Cyberjaya / Dengkil menuju ke Cyberjaya di sini kira-kira jam 12.05 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan mendapati, sebelum kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Benelli dalam perjalanan dari Dengkil menghala ke Cyberjaya.

“Namun, setibanya di tempat kejadian, motosikal merem’puh belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana keros’akan mesin.

“Akibat pelang’garan itu, kedua-dua mangsa tercampak di jalan dan ma’ti di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, kedua-dua mangsa disahkan mening’gal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Serdang untuk bed’ah siasat.

“Polis sedang dalam proses mengesan kerabat si ma’ti,” katanya sambil menambah bahawa kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *