Isteri Ditinggalkan Suami Selepas Melahirkan Anak Mirip ”Sya’itan”

ISU SEMASA

KIGALI: Suami meninggalkan isterinya selepas isterinya didakwa melahirkan anak mirip seperti ”syai’tan” dan keadaan si isteri kian sukar untuk menanggung segala keperluan didalam rumah. Menurut laporan dari Bajeneza Liberata si isteri memberitahu bahawa suaminya meninggalkan keluarga dalam beberapa hari ni sejurus mengetahui isterinya melahirkan anak tersebut.

Jelas wanita itu, anak-anaknya yang lain tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, namun anak bongsunya dilahirkan dengan keadaan fizikal yang berbeza.“Selepas suami melihat anak kami yang dilahirkan dengan keadaan berbeza, dia terus menganggapnya sebagai anak sya’itan dan meninggalkan saya bersendirian.

 

“Saya juga tidak tahu masalah yang dihadapi anak saya ini, kerana kami tiada duit untuk mendapatkan khidmat perubatan,” ujarnya.Selain itu, Liberata memaklumkan dia juga dipinggirkan oleh penduduk kampung yang menggelar anaknya sebagai makhluk asing kerana bentuk kepalanya yang berbeza berbanding bayi normal.

 

Kisah Liberata menjadi tular dalam media sosial dan satu tabungan diwujudkan untuk membantu wanita itu serta anaknya.Tabung yang digerakkan dibawah platform ‘GoFundme’ itu menjelaskan Liberata dan anaknya memerlukan wang untuk tujuan perubatan dengan kadar segera.

 

“Liberata perlukan duit untuk membawa anaknya ke luar negara bagi mendapatkan rawatan segera kerana pakar perubatan di Rwanda tidak dapat pastikan keadaan anaknya,” jelas platform tersebut. Dengan adanya kepakaran rawatan diluar negara mungkin mampu merawat anaknya dengan baik.

 

 

 

Sumber: Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *