Tangan Kanan Gadis 17 Tahun Dipot’ong Sehingga Paras Bahu Akibat Ced’era Par’ah Disa’mun

ISU SEMASA

Gempar seorang gadis yang berumur 17 tahun tangan kanannya terpaksa dipotong akibat menjadi mangsa samun di Jalan Kuching , tangannya cedera parah dan membiru lalu terpaksa dipotong.

Ketika kejadian, Siti Nur Azizah Syafriadi bersama teman lelakinya menaiki motosikal Y15ZR dari arah Jalan Kuching menghala ke Jinjang telah dikejar oleh tiga orang lelaki menaiki dua motosikal kira-kira pukul 12.10 tengah malam.

Tiga lelaki terbabit menendang sebuah motosikal dinaiki pasangan itu sebelum menya’mun mereka. Nur Azizah ced’era di bahu kanan, manakala teman lelakinya ce’dera di muka dan badan dipercayai dipu’kul oleh suspek.

Menurut ahli keluarga Nur Azizah ketika dihubungi FMT berkata, doktor tidak dapat dapat menyelamatkan tangan kanannya yang sudah tidak boleh lagi berfungsi walaupun saluran da’rah utama sudah dija’hit.

“Doktor bu’ang tangan kanan dia (Nur Azizah) sampai paras bahu, masa masuk kecem’asan doktor sudah jah’it saluran da’rah utama.

“Tetapi pagi semalam (Jumaat) doktor tengok tangan dia dah membiru, sudah tidak boleh berfungsi jadi doktor telefon waris nak minta kebenaran pot’ong tangan,” katanya abang saudara mangsa yang enggan namanya disiar.

Nur Azizah yang kini masih diraw’at di Hospital Kuala Lumpur (HKL) merupakan anak sulung kepada lima orang adik beradik.

Menurut abang saudara mangsa, selepas bapanya mening’gal dunia, Nur Azizah yang tinggal di PPR Beringin Jinjang mengambil tanggungjawab membantu menambah pendapatan keluarga dengan menjual dan membuat perkhidmatan menghantar makanan.

“Dia anak sulung cari rezeki siang malam hantar makanan, tapi dia dianiaya sampai kudung tangannya, dia merupakan anak yatim dan dia disam’un ketika sedang keluar cari rezeki,” katanya.

Tambahnya lagi, selaku abang saudara mangsa, dia sangat berharap agar tiga suspek berkenaan berjaya ditang’kap dan mendapat hukuman setimpal dengan perbuatan mereka.

“Kepada penyam’un ingat ya… dia ada abang saudara yang masih hidup, mak saudara yang masih hidup, kami akan pastikan ketiga-tiga suspek mendapat huk’uman setimpal dengan undang undang di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata, Polis kini giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Kesek’saan iaitu sengaja menyebabkan ce’dera semasa melakukan romp’akan.

Pihak polis cuba  meminta agar saksi kejadian atau sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206. Suspek tiga lelaki tersebut sedang giat dicari.

 

sumber :fmt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *