”Memang Betul Pesakit Mening’gal Dunia ,Tapi Tak Benar Biarkan Pesa’kit Dibiarkan Ma’ti Dilantai” – JKN Kedah

ISU SEMASA

ALOR SETAR: Apabila tular tentang seorang pesa’kit dibiarkan sehingga mening’gal dunia di lantai, pihak  JKN Kedah Dr Othman Warijo menafikan petugas mereka lambat memberi rawatan.

Beliau ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat mengenai insiden berkenaan dan telah mengadakan perbincangan dengan petugas-petugas terlibat untuk melengkapkan siasatan.

“Kami telah mengadakan perbincangan dengan pegawai dan jururawat terlibat dan kita sedang sediakan laporan (lengkap)…ya, kejadian berlaku di Hospital Lama Sungai Petani di wad Covid-19 dan memang betul pesa’kit itu mening’gal dunia.

“Tapi (maklumat awal) yang mengatakan tindak balas petugas lambat itu tidak benar, kami akan keluarkan kenyataan lengkap untuk pihak media nanti,” katanya.

Hari ini, satu klip video berdurasi 38 saat tular menerusi aplikasi WhatsApp yang menunjukkan seorang pesa’kit lelaki kelihatan lemah dan berada dalam keadaan melu’tut di lantai hospital dan cuba berpau’t pada katil untuk bangun.

Video itu dipo’tong dan kemudian sambungannya menunjukkan lelaki berkenaan sudah terbaring kaku dengan beg urin masih berada di sebelahnya, manakala seorang pesakit dilihat cuba menghampiri untuk memeriksa mangsa.

Menurut individu yang menularkan video itu, pesakit Covid-19 itu dibiarkan ma’ti tanpa sebarang bantuan daripada petugas di wad berkenaan sehingga dia disahkan sudah menin’ggal dunia 40 minit kemudian.

Menurut dakw’aan individu itu lagi, hampir setengah jam pihak hospital sama ada doktor atau jururawat bertugas tidak mempedulikan pesa’kit berkenaan dan tidak mengambil tindakan serta-merta.

“Apabila pesakit lain melaporkan kejadian ini kepada jururawat terdekat, jururawat dengan perasaan sambil lewa dan leka memberitahu pelapor tersebut untuk memeriksa sendiri pesa’kit yang jatuh itu sama ada masih bernya’wa ataupun tidak,” dak’wa individu tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Adzli Abu Shah memberitahu pihaknya masih belum menerima sebarang lap’oran polis mengenai kejadian berkenaan.

 

 

sumber:FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *