”Saya Wanita” – Cukur Janggut Dan Misai Selama 40 Tahun Takut Dikec’am Lelaki

ISU SEMASA

Che Halimah sering kali mengelakkan wajahnya ditumbuhi misai dan janggut dengan mencukur muka setiap dua kali seminggu, kerana dipercayai beliau memiliki hormon testosteron yang sangat tinggi.

“Saya bukan lelaki”

Meskipun tidak mempunyai kawalan terhadap hormon itu, Che Halimah Che Mood yang kini berusia 62 tahun akui dia dipandang ‘pelik’ kerana masalah yang dihadapinya itu.

Mengalami masalah tersebut sejak berusia 20-an, wanita itu yang sudah dua kali mengalami kegagalan rumah tangga kini hanya menumpang kasih dengan adik dan isterinya sahaja

Menurut Che Halimah yang tidak dikurniakan cahaya mata, selain dia, pasangan tersebut turut menjaga ibunya. Kalsom Mamat yang kini berusia 93 tahun.

“Selama berpuluh-puluh tahun saya perlu bercukur agar tidak dipandang aneh oleh orang sekeliling. Namun, kini keadaan semakin teruk apabila saya diserang angin ahmar menyebabkan lumpuh separuh badan sebelah kiri.

“Saya tidak mempunyai anak untuk menumpang kasih. Nasib baik adik, Mohammad Kamaruddin Abdullah, 42, dan isterinya, Nur Asmira Che Hussin, 36, sanggup menjaga segala makan dan minum saya serta ibu yang sudah tua, Kalsom Mamat, 93.

“Pernah jadi tukang masak di Singapura”

Pernah merantau jauh untuk mencari rezeki, Che Halimah dahulunya bekerja di Singapura sebagai tukang masak akui dia tidak mahu membebankan sesiapa untuk menjaganya.

Namun keadaan kesihatannya kini membataskan dia untuk berbuat demikian.

“Ketika masih sihat dan kuat, saya banyak merantau mencari rezeki termasuk beberapa tahun bekerja di Singapura sebagai tukang masak restoran di sana. Sebolehnya, saya tidak mahu menyusahkan orang sekeliling, tetapi apakan daya saya diuji dengan hanya kini mampu terbaring saja jika tidak dibantu.

Kini Che Halimah hanya mengharapkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan.    JKM memberikan Che Halimah RM350 sebulan dan inilah yang menjadi sumber kelangsungan hidupnya sepanjang hari.

 

 

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *